11 Januari 2022 - Jabatan Alam Bina dan Teknologi (JABT) telah menyerahkan sejumlah 1000 fail pelajar bermula dengan tahun kemasukan 2000. Fail pelajar tersebut diambil di Bilik Rekod Fail Pelajar JABT. Fail tersebut akan diproses melalui sistem Archive Management System (AMS) untuk memudahkan pencarian dan memelihara bahan bernilai arkib.