
Sejajar dengan Fokus UiTM iaitu Globally Marketable, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM telah membangunkan sistem repositori Newspaper@UiTM yang memberi fokus kepada pengumpulan artikel surat khabar berkaitan UiTM. Tujuan utama pembangunan sistem repositori Newspaper@UiTM ini adalah untuk memantapkan pengumpulan surat khabar UiTM secara bersepadu agar dapat memenuhi keperluan maklumat UiTM untuk pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan penggunaan bahan perpustakaan melalui penyediaan bahan keratan surat akhbar UiTM.
Skop utama Newspaper@UiTM meliputi artikel surat khabar mengenai UiTM merangkumi berita semasa, rencana dan program yang ditulis oleh warga UiTM atau lain-lain individu dan organisasi luar UiTM. Selain itu, artikel penulisan yang dihasilkan oleh warga UiTM sama ada staf akademik, staf pentadbiran atau pelajar UITM. Pembangunan kandungan Newspaper@UiTM dikategorikan dalam paparan Latest News, Top Writers, Archive, Highlighted UiTM Articles dan UiTM Articles agar dapat memenuhi keperluan maklumat UiTM bagi pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti.
Berita Terkini
- Sertai Tvet Seawal Mungkin Untuk Masa Hadapan Lebih Baik
- Manfaat media sosial untuk nyalakan semangat patriotik
- Salah laku seksual pensyarah tidak gambarkan situasi di IPT
- Pelajar UiTM Rembau anjur Escape Room: Lost in Seri Menanti
- UiTM Negeri Sembilan Lancar Program “Gadget Avengers” Untuk Perkasa Literasi Digital Murid Luar Bandar
- Program Komuniti Sosial dan Penyediaan Pelan Tindakan Desa – Kampung Kundur Hulu, Rembau, Negeri Sembilan
- Program Kolokium Komunikasi Islam Anjuran FKPM UiTM Rembau
- Fakulti Pengurusan dan Perniagaan bersama Komuniti Jajahan Takluk Undang Luak Johol: Bengkel Ekspansi Usahawan Mikro Madani
- Ziarah Kasih UiTM Negeri Sembilan bantu pelajar baharu B10
- Program Bakti Madani perkasa komuniti UiTM Rembau
