Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah telah menyediakan pameran maya bertajuk: Tempat-tempat menarik di Negeri Perak
Tarikh pameran adalah dari 3 Ogos hingga 30 September 2020.
Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertitik tolak dari tarikh antara 4 ratus hingga 8 ribu tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan penemuan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama ‘Perak Man’. Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan penemuan pelbagai artifak lama. Dengan penemuan ini, ekonomi Negeri Perak berkembang dengan pesat dan membuka lembaran baru dalam sektor eko-pelancongan. Implikasi dari perkembangan ekonomi Negeri Perak, telah mewujudkan masyarakat majmuk serta harmoni. ATE, MOH LER KE PERAK KOME!
Sila klik Pameran Maya: Tempat-tempat menarik di Negeri Perak atau imbas kod QR untuk ke pameran maya.
#StaySafe #KitaMestiMenang #KitaJagaKita #malaysiamembaca #KitaJagaKita #UiTMPerak