Rumah bumbung panjang di Perak dikenali sebagai Rumah Kutai dan Rumah Potong Pattani. Rumah Kutai atau ‘Kotai’ adalah nama sebutan yang diberikan oleh penduduk tempatan di mana terdapatnya senibina rumah tersebut. Secara umumnya Rumah Kutai terdiri daripada dua jenis, iaitu Rumah Kutai Tiang 12 dan Rumah Kutai Tiang 16. Kedua-duanya mempunyai struktur yang sama. Rumah Kutai ini banyak terdapat berhampiran dengan tebing sungai Perak iaitu di Daerah Tengah, Hilir Perak dan Kuala Kangsar. Senibina warisan Rumah Kutai ini hanya boleh didapati di negeri Perak Darul Rizuan dan tiada di negeri - negeri lain. Rumah Kutai adalah merupakan satu-satunya jenis Rumah Melayu Tradisional di Negeri Perak yang masih didiami oleh penduduk tempatan sejak lebih 200 tahun dahulu dan sehingga kini ia masih berdiri megah di atas muka bumi. Namun begitu, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa penduduk tempatan Perak terutama generasi kini tidak mengetahui adanya Rumah Kutai iaitu rumah lama di Negeri Perak, apatah lagi bagi orang-orang luar dari Negeri Perak.
Sila klik Pameran Maya: Rumah Kutai
#StaySafe #KitaJagaKita #kitaUiTM #UiTMdihatiku #UiTMPerak