PROGRAM READ@UiTM PTAR SERI ISKANDAR 2022
Pada 22 & 23 Jun 2022 Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah menganjurkan Program Read@UiTM PTAR Seri Iskandar 2022. Program ini merupakan inisiatif untuk menggalakkan pelajar mengunjungi Perpustakaan disamping mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan Perpustakaan. Program Read@UiTM anjuran PTAR bagi edisi kali ini bertemakan sukan dalaman (indoor games). Pelbagai jenis permainan dalaman (indoor games) termasuk Pertandingan sukan maya (e-Sports) disediakan kepada pengunjung. Untuk makluman, program ini juga mendapat kerjasama daripada Unit Sukan serta Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP) UiTM Cawangan Perak.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah Book Review, Pertandingan e-Sports (FIFA), Permainan Susun Blok (UNO Stacko), Permainan Pick-up Stick, Kahoot! dan Permainan Dalaman seperti Congkak, Catur, Scrabble dan lain-lain
Objektif Program Read@UiTM pada kali ini adalah seperti berikut:
1. Mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan Perpustakaan.
2. Menggalakkan pelajar menggunakan Perpustakaan sebagai rujukan utama.
3. Merapatkan hubungan antara pengunjung dan staf Perpustakaan.
4. Meningkatkan jumlah pengunjung ke Perpustakaan.