Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Sesi Kunjungan Hormat ke Kolej Pengajian Seni Kreatif

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Sesi Kunjungan Hormat ke Kolej Pengajian Seni Kreatif

22 September 2022 - Pihak PTAR Kampus Seri Iskandar yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Siti Basriyah bersama 3 orang Pustakawan telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Kolej Pengajian Seni Kreatif bagi mengadakan perbincangan bersama Ketua Pusat Pengajian, Dr. Zainuddin Md Nor berhubung beberapa perkara terutamanya mengenai perkhidmatan perpustakaan kepada warga Kolej Pengajian Seni Kreatif yang dahulunya dikenali dengan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR).

Kelas Kemahiran Maklumat (KKM) merupakan perkara utama yang ditekankan kerana para pelajar baharu di Kampus Seri Iskandar akan memulakan sesi kuliah bermula Oktober 2022 hingga Februari 2023 serta khas untuk para pensyarah di UiTM Kampus Seri Iskandar. Harta intelek juga merupakan bahan yang diperlukan oleh pihak perpustakaan daripada fakulti untuk dimuatnaik ke sistem 'Institutional Repository' (IR) seterusnya memudahkan para pelajar untuk merujuk bahan-bahan tersebut di masa akan datang.

PTAR juga menawarkan 'New Mobile App' untuk semua warga UiTM yang membolehkan pengguna mengakses maklumat pada bila-bila masa dan di mana jua berada. Di samping itu, Puan Siti Basriyah juga menerangkan secara ringkas tentang kemudahan dan fasiliti yang disediakan dalam membantu pendidikan, pembelajaran dan penyelidikan warga kampus.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak amat positif dalam perancangan untuk melaksanakan beberapa program serta perkhidmatan kepada pelajar dan pensyarah dalam menjadikan warga lebih cakna dengan ilmu pengetahuan serta teknologi yang semakin pesat pada masa kini.

PTAR Digital Library
https://perak.library.uitm.edu.my/

Don’t Forget to Follow Our Social Media
https://linktr.ee/ptarperak

#ptar #LibraryForAll #stayconnected

Hubungi Kami

Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Perak
Kampus Seri Iskandar
32610 Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan
Malaysia

Tel : 05-374 2093 | 05-374 2490


Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Perak
Kampus Tapah
35400 Tapah Road
Perak Darul Ridzuan
Malaysia

Tel : 05-406 7142 | 05-406 7139


Siti Basriyah Shaik Baharudin
Tel : 05-374 2009
Timbalan Ketua Pustakawan
Join Channel
PTAR UiTM Cawangan Perak
© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2022.
Today Visitor
Users 0
Sessions 0
Pageviews 0
This Year Visitor
Users 0
Sessions 0
Pageviews 0