Akan Datang! Program Speed Reading
Membaca adalah suatu kemahiran yang diperlukan oleh setiap manusia kerana ia merupakan kunci kepada semua dasar ilmu pengetahuan. Membaca dengan kelajuan yang cepat membolehkan seseorang menambahkan pengetahuan secara berganda meskipun masa bacaan yang diambil adalah sama seperti biasa. Bacaan pantas adalah berkisar kepada dua konsep iaitu Skimming dan Scanning. Ia merupakan teknik bacaan yang perlu dipelajari dan boleh dipraktikkan melalui latihan yang sistematik.
Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk mencapai objektif berikut:
- Memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari teknik bacaan pantas
- Meningkatkan keyakinan diri ketika membaca serta memupuk minat membaca
- Menggalakkan aktiviti pembacaan di kalangan peserta serta membina kompetensi pembacaan
Tarikh: 20 Disember 2022 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi - 12:00 tengah hari
Sasaran : Staf PTAR UiTM Cawangan Perak
Penceramah :
Pn Nur Aqilah Russli (Pustakawan Kanan, UiTM Cawangan Perak)
Melalui program ini diharapkan staf PTAR dapat membantu dan menyokong program ini dalam meningkatkan kualiti pembelajaran akademik di UiTM Cawangan Perak dan menjadikannya sebagai salah satu perkhidmatan baru perpustakaan. Program ini juga diharapkan dapat diteruskan kepada seluruh warga kampus terutama kepada pensyarah dan pelajar di UiTM Cawangan Perak untuk membina kompetensi pembacaan dan meningkatkan kuantiti dan kualiti pembacaan serta tahap intelektual mereka.
PTAR Digital Library
‣ https://perak.library.uitm.edu.my/
Don’t Forget to Follow Our Social Media
‣ https://linktr.ee/ptarperak
#ptar #LibraryForAll #stayconnected