6 DISEMBER 2023 : ๐๐๐ซ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐๐ค๐๐๐ง ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ฎ๐ฅ ๐๐๐ณ๐๐ค (๐๐๐๐) UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar dengan kerjasama ๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐ซ๐ฐ๐๐ค๐ข๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ซ (๐๐๐) ๐๐/๐๐ dan ๐๐ค๐๐๐๐ฆ๐ข ๐๐๐ง๐ ๐๐ฃ๐ข๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ฌ๐ UiTM Cawangan Perak telah mengadakan Program ๐ต๐๐๐๐ค๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ท๐๐ฆ dengan bertemakan konsep ๐น๐ฌ๐จ๐ซ@๐ผ๐๐ป๐ด. Seramai lebih kurang 200 orang pelajar telah mendaftar sebagai peserta dalam aktiviti yang disediakan sepanjang program tersebut.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Program (Staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) ,Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) & Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Cawangan Perak) atas kerjasama yang telah dijalankan dalam menjayakan program ini. Tahniah juga kepada semua peserta yang telah sama-sama memeriahkan program kali ini.
Bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dalam program ini berjalan dengan lancar, beberapa orang staf dan pelajar praktikal telah dilantik sebagai ketua biro bagi setiap pertandingan dan permainan yang disediakan. Hal ini bagi menarik pengunjung menyertai aktiviti yang disediakan sepanjang hari program berlangsung. Semua permainan dan pertandingan ini dijalankan secara fizikal dan digital di aras bawah perpustakaan.
Melalui program seperti ini, pihak perpustakaan mendapati aktiviti "Indoor Game" boleh dijadikan daya penarik kepada pengunjung perpustakaan terutama sekali kepada pelajar. Program "Book Buzz" dan "Mic Check Soul Speak" juga memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri berucap di hadapan khalayak ramai serta menyuarakan pendapat masing-masing. Kini, telah banyak perpustakaan akademik di Malaysia telah menyediakan ruang seperti ini khusus kepada pengunjung perpustakaan dan berjaya menjadi tumpuan baharu kepada warga kampus. Di samping dapat menjana pendapatan, ruang yang dibangunkan juga dapat menbina minda pelajar menjadi lebih kreatif dan cerdas selain meningkatkan kualiti pelajar dalam akademik mahupun kokurikulum.
Berikut adalah gambar-gambar dan video (https://vt.tiktok.com/ZSNVhP6kA/) sepanjang program berlangsung. (https://vt.tiktok.com/ZSNXTxNuS/)
PTAR Digital Library
โฃ https://perak.library.uitm.edu.my/
Donโt Forget to Follow Our Social Media
โฃ https://linktr.ee/ptarperak
#keluargaUiTM #uitmlibrary #libraryforall #uitmdihatiku #PTARPERAK