Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Kursus Pengurusan Rekod Dan Dokumen Terperingkat UiTM Cawangan Perak

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

20 & 21 Februari 2024: Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah menganjurkan Kursus Pengurusan Rekod dan Dokumen Terperingkat UiTM Cawangan Perak. Kursus ini telah diadakan di Dewan Al-Khawarizmi, UiTM Cawangan Perak dan disertai oleh Pegawai Rekod Jabatan (PRJ), Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ), Pendaftar Rahsia dan Pegawai Pengelas Bahagian dan unit di UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar dan Tapah.

Penceramah jemputan bagi kursus ini adalah Encik Abdul Razak Bin Abdul Rahman (Pustakawan Kanan) Ketua Unit Perkhidmatan Rekod, Jabatan Arkib Universiti, PTAR UiTM Shah Alam serta fasilitator Encik Muhamad Shazwan Bin Muhamad Noor (Pembantu Arkib), Jabatan Arkib Universiti, PTAR UiTM Shah Alam.

Objektif kursus ini diadakan adalah:

1. Mengenal pasti konsep dan perundangan pengurusan rekod mengikut Arkib Negara Malaysia (ANM) dan Jabatan Arkib Universiti (JAU) UiTM.

2. Melaksanakan urusan sistem fail dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia (ANM) dan Jabatan Arkib Universiti (JAU) UiTM.

3. Mengaplikasi proses pengurusan rekod dengan betul mengikut standard dan panduan.

4. Mendedahkan peserta kepada peraturan dalam menguruskan dokumen terperingkat dan kawalan keselamatan.

5. Memberi kefahaman tentang peraturan dan prosedur dalam menguruskan Rekod-rekod Jabatan dan menjelaskan kepada peserta mengenai keperluan dan kepentingan Pengurusan Rahsia Rasmi dan keselamatan dalam perkhidmatan awam.

Kursus kali ini menyentuh beberapa perkara seperti pengurusan rekod, pewujudan rekod, pendaftaran dan penawanan rekod, pelupusan rekod, rekod penting universiti, pelantikan pengurus rekod universiti, pengurusan dokumen terperingkat dan latihan amali. Pihak PTAR Cawangan Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Abdul Razak bin Abdul Rahman yang sudi berkongsi ilmu pengetahuan berkaitan Arkib Universiti bagi UiTM Cawangan Perak.

PTAR Digital Library
https://perak.library.uitm.edu.my/

Don’t Forget to Follow Our Social Media
https://linktr.ee/ptarperak

#keluargaUiTM #uitmlibrary #libraryforall #uitmdihatiku #PTARPERAK

Hubungi Kami

Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Perak
Kampus Seri Iskandar
32610 Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan
Malaysia

Tel : 05-374 2093 | 05-374 2490


Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Perak
Kampus Tapah
35400 Tapah Road
Perak Darul Ridzuan
Malaysia

Tel : 05-406 7142 | 05-406 7139


Siti Basriyah Shaik Baharudin
Tel : 05-374 2009
Timbalan Ketua Pustakawan
Join Channel
PTAR UiTM Cawangan Perak
© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2022.
Today Visitor
Users 0
Sessions 0
Pageviews 0
This Year Visitor
Users 0
Sessions 0
Pageviews 0