Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Jom Baca Bersama 10 Minit 2024

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

23 April 2024: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah menganjurkan Program Jom Baca 10 Minit 2024 bertemakan Pembacaan Melestarikan Perpaduan dengan menekankan pentingnya pembacaan dalam memupuk dan memelihara keharmonian serta perpaduan dalam kalangan masyarakat. Program tersebut berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari di Dewan Seri Iskandar UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar..

Program ini telah dikelolakan oleh Puan Rafidah binti Abdul Aziz, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dengan kerjasama Puan Siti Basriyah binti Shaik Baharudin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak. Acara ini telah dirasmikan YB Puan Salina binti Samsudin, ADUN Behrang merangkap Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.

Objektif program ini adalah untuk meraikan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia serta untuk mendorong warga UiTM Cawangan Perak untuk membaca, bermula dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan. Seramai 341 orang menyertai program tersebut, terdiri daripada staf dan pelajar UiTM Kampus Seri Iskandar khususnya. PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga UiTM Cawangan Perak yang terlibat dalam menjayakan program Jom Baca 10 Minit 2024.

PTAR Digital Library
https://perak.library.uitm.edu.my/

Don’t Forget to Follow Our Social Media
https://linktr.ee/ptarperak

#keluargaUiTM #uitmlibrary #libraryforall #uitmdihatiku #PTARPERAK #pembudayaanilmumembentukadiwangsa

Hubungi Kami

Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Perak
Kampus Seri Iskandar
32610 Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan
Malaysia

Tel : 05-374 2093 | 05-374 2490


Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Perak
Kampus Tapah
35400 Tapah Road
Perak Darul Ridzuan
Malaysia

Tel : 05-406 7142 | 05-406 7139


Siti Basriyah Shaik Baharudin
Tel : 05-374 2009
Timbalan Ketua Pustakawan
Join Channel
PTAR UiTM Cawangan Perak
© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2022.
Today Visitor
Users 0
Sessions 0
Pageviews 0
This Year Visitor
Users 0
Sessions 0
Pageviews 0