8 Mei 2024: Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah menganjurkan Projek Boot Camp @ PTAR : Mastering Your Thesis. Projek bertujuan untuk memenuhi keperluan Kod Kursus Research Methodology and Computer (RES510), Academic Project 1 (RES615) dan Academic Project 2 (RES655).
Program ini telah dikelolakan oleh Puan Nur Dayana binti Mohd Narwawi, Pustakawan PTAR serta dibantu oleh Puan Syarifah Hanisah, Pembantu Pustakawan Kanan PTAR. Peserta telah diberi taklimat berkaitan pangkalan data atas talian dan cara penulisan sesebuah tesis secara atas talian menggunakan platform Google Meet.
Boot Camp @ PTAR ini merupakan Service Collaborative Teaching iaitu dengan melibatkan tenaga pengajar dari kalangan P&P PTAR sebagai rakan industri bagi memudahcara pengajaran, mendidik, membimbing dan melatih pelajar sekaligus memperkasa pembelajaran kendiri pelajar. Akhir sekali, secara tidak langsung program ini mampu memberi tumpuan terhadap peserta iaitu dengan adanya kaedah penggunaan MS Word sebagai aplikasi utama dalam penulisan. Tambahan, peserta juga diberi pendedahan mengenai bagaimana mengendalikan sebuah dokumen dengan cekap. Kesannya, peserta dapat menjimatkan masa penulisan mereka. Program seperti ini juga turut memberi manfaat kepada pelajar khususnya pelajar UiTM Cawangan Perak sebagai kemahiran dalam pemformatan dan penulisan tesis.
PTAR Digital Library
‣ https://perak.library.uitm.edu.my/
Don’t Forget to Follow Our Social Media
‣ https://linktr.ee/ptarperak
#keluargaUiTM #uitmlibrary #libraryforall #uitmdihatiku #PTARPERAK #pembudayaanilmumembentukadiwangsa