- Perak
- News
- Hits: 89
Program Book Launching (Buku Bertajuk Bandar Pintar Ubiquitous (U-City): Konsep dan Pelaksanaan Pembangunan Bandar Masa Hadapan dan Buku Pembangunan Bandar Pintar Berpusatkan Rakyat di Malaysia)
11 OKTOBER 2023 : Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah mengadakan Majlis Pelancaran Buku yang bertempat di ruang Library Community Engagement. Pihak perpustakaan telah menjemput Puan Jona Hidayati Qamaruzzaman iaitu Timbalan Pendaftar Kanan UiTM Cawangan Perak mewakili Yang Berusaha Rektor UiTM Cawangan Perak untuk melancarkan buku yang bertajuk โ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐-๐๐๐๐): ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐โ.
Majlis berlangsung pada pukul 8.30 pagi dengan kehadiran Prof. Madya Ts. Dr Norhafizah Abdul Rahman (Ketua Jabatan Pengajian Alam Bina Dan Teknologi, Kolej Alam Bina, UiTM Cawangan Perak) , Dr. Lim Seng Boon Pensyarah kanan (Jabatan Alam Bina Dan Teknologi UiTM Cawangan Perak) juga merangkap penulis buku yang dilancarkan, Prof. Madya Gs. Dr. Mohd Fadzil Abdul Rashid (Jabatan Alam Bina Dan Teknologi UiTM Cawangan Perak), Ts. Dr. Noor Aimran Samsudin (Fakulti Alam Bina & Ukur Universiti Teknologi Malaysia) serta Puan Siti Basriyah Shaik Baharuddin (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak) untuk pelancaran buku tersebut.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh warga staf dan pelajar bagi menyokong hasil penulisan Dr Lim Seng Boon disamping mendapat ilham untuk berkarya. Majlis ini jelas merupakan acara yang penting dalam akademik universiti dan penulisan buku yang memaparkan isu-isu penting dalam pembangunan bandar pintar di Malaysia. Ini adalah satu lagi langkah untuk meningkatkan ilmu dan perkongsian pengetahuan dalam komuniti akademik.
Sebagai tanda pelancaran buku, gimik pelancaran telah disiarkan dan seterusnya dilancarkan secara rasmi . Kedua-dua buah buku ini boleh didapati di Perpustakaan UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar dan diharap menjadi bahan rujukan utama dalam kalangan warga kampus.
Program pelancaran buku ini diadakan dengan tujuan mencapai beberapa objektif penting, iaitu untuk mencapai KPI PTAR UiTM, bilangan pelaksanaan Program Read@UiTM, mempromosikan budaya membaca, galakkan menulis bahan ilmiah, mendorong penggunaan perpustakaan sebagai sumber utama rujukan, serta menarik dan meningkatkan jumlah pengunjung ke perpustakaan.
PTAR Digital Library
โฃ https://perak.library.uitm.edu.my/
Donโt Forget to Follow Our Social Media
โฃ https://linktr.ee/ptarperak
#keluargaUiTM #uitmlibrary #libraryforall #uitmdihatiku #PTARPERAK