Bahagian Perpustakaan telah memulakan perkhidmatan pada Januari 1985 seiring dengan penubuhan ITM Cawangan Perak di Seri Manjung. Pada Januari 1997, Bahagian Perpustakaan telah berpindah ke kampus tetap di Seri Iskandar dan ditempatkan sementara di aras bawah bangunan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU).
Pada April 2003, Bahagian Perpustakaan telah beroperasi di bangunan baru 3 tingkat bersama Unit ILQAM. Pada Mei 2013, pengubahsuaian telah dilakukan dan keseluruhan bangunan perpustakaan menjadi milik Bahagian Perpustakaan sepenuhnya. Bangunan ini boleh memuatkan seramai 700 pengguna dalam satu masa. Keluasan lantai terkini perpustakaan adalah seperti di bawah :