Ringgit Malaysia ialah unit mata wang Malaysia dengan kod mata wang MYR. Nama “Ringgit” berasal daripada sisi bergigi wang perak Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman dahulu. Bermula Ogos 1975, nama “Ringgit” secara rasmi sebagai nama khas mata wang Malaysia. Pada tahun 1993, penggunaan simbol dollar ($) ditukar kepada ringgit (RM) dan terus digunakan sehingga ke hari ini.
Fakta Menarik!
Sebutan “Ringgit” sudah diguna pakai masyarakat Melayu dalam urusan jual beli kira-kira 500 tahun dulu.
Sila klik Pameran Maya: Mata Wang Malaysia untuk mengakses bahan pameran.
#StaySafe #KitaJagaKita #kitaUiTM #UiTMdihatiku #UiTMPerak