Wabak ialah sesuatu kejadian yang diserang penyakit menular yang merebak dengan cepat dalam kalangan penduduk sesuatu kawasan. Contoh wabak yang menular itu adalah seperti hawar, cacar , taun dan sebagainya. Penyakit berjangkit merupakan salah satu masalah Kesihatan Awam di Malaysia. Kejadian penyakit berjangkit ini perlu dilaporkan bagi mencegah daripada penyakit berjangkit ini terus merebak. Bukan itu sahaja, ia juga perlu dilaporkan agar penyakit berjangkit ini tidak akan melarat sehingga boleh mengakibatkan nyawa manusia terancam. Penyakit berjangkit ini perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa yang telah diperuntukkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.