Sudut bacaan (Iqra’ Corner) merupakan ruang yang disediakan atau sudut kosong yang dimanfaatkan sebagai perpustakaan mini yang selesa dan santai bagi menyemarakkan budaya membaca. Iqra’ Corner merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Read@UiTM. Oleh yang demikian, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) berusaha merealisasikan inisiatif tersebut melalui transformasi dan lonjakan perkhidmatan sebagai salah satu penambahbaikan kemudahan bagi menyediakan ruang baharu yang selesa kepada pengguna. Adalah diharapkan dengan pengwujudan sudut bacaan ini nanti dapat menyokong Program Penggiatan Budaya Membaca untuk menjadikan Malaysia Negara Membaca menjelang tahun 2030.
OBJEKTIF
Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk mencapai objektif berikut:
i. Mengadakan satu sudut bacaan di lokasi strategik dengan dilengkapi kemudahan dan koleksi bahan bacaan di semua Pusat Tanggungjawab UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah.
ii. Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk pembacaan.
iii. Menggalakkan penyertaan semua Pusat Tanggungjawab terhadap kempen Read@UiTM.
iv. Menyokong Program Penggiatan Budaya Membaca untuk menjadikan Malaysia Negara Membaca menjelang tahun 2030.
PANDUAN PENYEDIAAN IQRA’ CORNER
i. Pusat Tanggungjawab / Kolej Pengajian / Fakulti / Bahagian dan Kolej Kediaman hendaklah mempunyai ruang khas di lokasi yang strategik untuk Iqra’ Corner.
ii. Iqra’ Corner hendaklah dilengkapi dengan koleksi bahan bacaan yang sesuai dan menarik minat pembaca.
iii. Koleksi bahan bacaan yang pelbagai atau khusus yang terdiri daripada buku, akhbar, majalah, dan lain-lain bahan.
iv. Medium paparan/pameran buku adalah mengikut kreativiti dan ketetapan sendiri sama ada menggunakan rak buku terbuka, kabinet kaca, rak dinding atau lain-lain bahan penyimpanan yang sesuai dan menarik.
v. Susunan bahan bacaan adalah bebas, seperti mengikut turutan abjad/nama penulis/warna kulit/ genre buku/penerbit dan lain-lain susunan yang difikirkan sesuai. vi. Iqra’ Corner hendaklah mempunyai kemudahan dan peralatan yang difikirkan sesuai seperti meja bacaan/ kerusi/sofa/papan kenyataan dan lain-lain.
TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN IQRA’ CORNER
i. Penyertaan terbuka kepada Pusat Tanggungjawab / Kolej Pengajian / Fakulti / Bahagian dan Kolej Kediaman di UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah kecuali Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR).
ii. Tarikh pendaftaran dan penyertaan bermula pada 15 Januari hingga 19 Januari 2024. Tarikh tutup penyertaan pada 19 Januari 2024 jam 5.00pm.
iii. Mematuhi semua kriteria pertandingan yang melibatkan pemilihan lokasi, ruang, konsep, medium simpanan, susunan bahan, kemudahan, peralatan dan koleksi bahan bacaan.
iv.Peserta wajib meletakkan perkataan "IQRA' CORNER" pada sudut masing-masing.
v. Segala kos penyertaan dan pembangunan sudut bacaan adalah ditanggung sendiri.
vi. Pertandingan ini akan berlangsung selama tempoh 2 minggu (15 Januari hingga 26 Januari 2024).
vii. Penilaian Iqra’ Corner akan dilaksanakan oleh juri PTAR yang mengambil kira aspek penilaian seperti koleksi, pengurusan Iqra’ Corner, susun atur dan kekemasan, aktiviti yang dijalankan dan sambutan terhadap Iqra’ Corner yang disediakan.
viii. Peserta perlu memuat naik 5 gambar terbaik Iqra’ Corner yang telah disediakan di media sosial dan tag laman sosial rasmi Facebook Perpustakaan UiTM Perak.
ix. Pemenang akan diumumkan pada 30 Januari 2024 melalui Facebook rasmi Perpustakaan UiTM Perak.
*PENYERTAAN DIMESTIKAN*
HADIAH PEMENANG:
i. Tempat Pertama RM200.00 + Sijil Penyertaan + Trofi
ii. Tempat Kedua RM150.00 + Sijil Penyertaan + Trofi
iii. Tempat Ketiga RM100.00 + Sijil Penyertaan + Trofi
Borang Pendaftaran
‣ https://shorturl.at/efFIT>
PTAR Digital Library
‣ https://perak.library.uitm.edu.my/
Don’t Forget to Follow Our Social Media
‣ https://linktr.ee/ptarperak
#keluargaUiTM #uitmlibrary #libraryforall #uitmdihatiku #PTARPERAK