Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Lawatan Kunjungan Hormat MPP UiTM Cawangan Perak Sesi 2023/2024

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 

17 Mei 2024: Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah telah menerima kunjungan daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Perak bagi sesi 2023/2024. Seramai 5 orang wakil daripada MPP hadir bagi kunjungan tersebut bertempat di Bilik Mesyuarat Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk sesi suai kenal di antara Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Perak Sesi 2023/2024 dengan pihak pengurusan perpustakaan di sini. Pada sesi lawatan kunjungan hormat yang berlangsung lebih kurang 1 jam ini, Puan Nur Aida binti Rousli juga telah memberikan penerangan tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah bagi tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UiTM. Delegasi juga diberikan pendedahan tentang pangkalan data atas talian (PDAT) yang digunakan oleh PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah.

Semoga lawatan ini dapat memberi impak positif dalam kerja sama bagi mempromosikan dan menaikkan nama PTAR di peringkat antarabangsa.

PTAR Digital Library
https://perak.library.uitm.edu.my/

Don’t Forget to Follow Our Social Media
https://linktr.ee/ptarperak

#keluargaUiTM #uitmlibrary #libraryforall #uitmdihatiku #PTARPERAK #pembudayaanilmumembentukadiwangsa

Hubungi Kami

Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Perak
Kampus Seri Iskandar
32610 Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan
Malaysia

Tel : 05-374 2093 | 05-374 2490


Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Perak
Kampus Tapah
35400 Tapah Road
Perak Darul Ridzuan
Malaysia

Tel : 05-406 7142 | 05-406 7139


Siti Basriyah Shaik Baharudin
Tel : 05-374 2009
Timbalan Ketua Pustakawan
Join Channel
PTAR UiTM Cawangan Perak
© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2022.
Today Visitor
Users 0
Sessions 0
Pageviews 0
This Year Visitor
Users 0
Sessions 0
Pageviews 0